Thursday, July 29, 2010

KALENDAR AKTIVITI SEPANJANG BULAN PSS & BULAN MEMBACA

  • MINGGU 2 (19 - 23 JULAI 2010) - Taklimat Bulan Membaca
  • MINGGU 3 (26 - 30 JULAI 2010) - Pertandingan Melukis Poster, Menghias Teks,Tulisan Jawi Cantik
  • MINGGU 4 (3 - 7 Ogos 2010) - Permainan Dalam (Indoor Games)
  • MINGGU 5 (10 - 14 Ogos 2010) - Mengeja Perkataan BM

NOTA : AKTIVITI LAIN juga akan dijalankan seperti :

- Bacaan Pagi (Sepanjang Bulan PSS & Bulan Membaca)
- Ulasan Buku Cerita (Setiap Isnin di Perhimpunan)
- Kuiz Perpustakaan (Setiap Minggu)

SAMBUTAN BULAN PSS & BULAN MEMBACA 2010

Program Sambutan Bulan PSS dan Membaca ini merupakan salah sati aktiviti tahunan Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Serkam Darat. Bulan membaca juga merupakan aktiviti yang penting di peringkat kebangsaan. Ini kerana,pada setiap bulan Julai adalah dikenali sebagai bulan Membaca.Oleh itu, kempen galakkan membaca bagi setiap warga sekolah perlu diterapkan bagi memupuk amalan tabiat membaca kepada murid. Program ini bermula dari 19 Julai 2010 hingga 19 Ogos 2010.

Matlamat Program ini adalah mewujudkan budaya membaca serta cintakan ilmu dikalangan warga SK Serkam Darat.


Objektif Program ini :

  • Menarik minat murid untuk membaca sebagai tabiat yang murni
  • Memberitahu kepada semua warga sekolah bahawa Julai merupakan bulan PSS dan Bulan Membaca
  • Menggalakkan penggunaan Pusat Sumber sekolah kepada semua warga SKSD
  • Merealisasikan fungsi PSS sebagai nadi sekolah.
Jom ramai-ramai Warga SKSD bersama menjayakan Sambutan Bulan PSS & Bulan Membaca SKSD 2010....